Moringa Elixir Produk

Moringa Elixir dihasilkan berdasarkan prinsip zat pemakanan yang seimbang, pelbagai dan sederhana dengan menggunakan kaedah pengekstrakan saintifik terkini untuk mencapai gred kualiti dan ketulenan yang paling tinggi. Ramuan-ramuan bermutu tinggi seperti Moringa, seabuckthorn, buah acai, perolehan mineral dari tumbuhan, pelbagai jenis ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran serta bahan bernutrien tinggi yang lain adalah dipilih dengan teliti. Dengan bangganya kami memperkenalkan Moringa Elixir yang akan membimbing anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bermakna!
Kebaikan:
-Sebagai agen antioksidan yang kuat
-Mengandungi pelbagai manfaat dalam perubatan dan pencegahan penyakit
-Menyegarkan, melegakan keletihan dan meningkatkan kecergasan
-Sebagai nutrisi tambahan

Ramuan Utama

Moringa-biasanya ditemui di Afrika dan Asia. Sejarah mencatatkan aplikasinya dalam perubatan tradisional di India telah menjangkaui lebih daripada 4,000 tahun dan dikenali sebagai "Pokok Kehidupan" atau "Pokok Keajaiban". 

Moringa dinobatkan sebagai penyelamat perubatan moden oleh saintis. Kajian menunjukkan bahawa daun Moringa kaya dengan zat pemakanan. Ia kaya dengan vitamin A, B, B1, B3, C, E, berprotein dan berserat tinggi, mengandungi 5 jenis unsur surih, 46 jenis antioksidan, 36 jenis anti-radang semulajadi, pelbagai jenis mineral dan 20 jenis asid amino.

Setiap 100 gram Moringa mengandungi:
* 7 kali Vitamin C dalam oren
* 3 kali zat besi dalam bayam
* 3 kali kalium dalam pisang
* 2 kali protein dalam yogurt

Moringa mempunyai pelbagai nilai perubatan termasuk detoksifikasi, mencegah sembelit, melegakan demam, anti-radang, membersihkan saluran darah, membantu dalam pengawalan berat badan, memperbaiki keadaan kulit, anti-bakteria, anti-tumor, mengawal paras gula darah, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol dan sebagainya.

Menurut laporan klinikal, penggunaan berterusan benih Moringa mempunyai pelbagai manfaat seperti meningkatkan imuniti, mencegah penyakit, memperbaiki tidur, meningkatkan daya ingatan, mencegah osteoporosis, anti-penuaan dan anti-kanser. Ia juga boleh digunakan untuk merawat penyakit hati, limpa, meridian dan bahagian badan yang lain.

Selain itu, ia juga boleh membantu dalam masalah nafas berbau dan mengembalikan ketenangan jiwa. Moringa boleh digunakan untuk menggantikan vitamin, kalsium serta minyak hati ikan kod berbekalkan dengan nutrien yang terkandung dalamnya.


Buah Acai
Mengandungi antioksidan paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Antioksidannya membantu dalam menentang penuaan dengan mengurangkan radikal bebas dalam badan dan meningkatkan sistem imun. Apabila badan mempunyai sumber antioksidan yang baik, ia akan mengurangkan risiko jatuh sakit.

Ia juga adalah suplemen yang baik untuk melanjutkan umur dan hidup sihat. Ia mempunyai kesan kesihatan yang efektif terhadap kencing manis, kehilangan rambut, anemia, cirit-birit, demam, pendarahan, dan penyakit buah pinggang, haid tidak teratur, senggugut dan sakit otot.

Ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran
Pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dalam antioksidan seperti anggur merah dan putih, oren, limau gedang, rasberi, betik, nanas, strawberi, epal, aprikot, ceri, anggur hitam, tomato, lobak merah, teh hijau, brokoli, kubis, buah zaitun, germa gandum, timun dan asparagus.

Kekurangan antioksidan boleh membawa kepada kemusnahan struktur molekul sel-sel yang membawa kepada kerosakan sel. Kerosakan sel tersebut merupakan faktor utama dalam penuaan dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Seabuckthorn
Seabuckthorn- ia mengandungi flavonoid, mineral, SOD, vitamin C, E, A dan lain-lain.
Seabuckthorn adalah sebahagian daripada diet makanan angkasawan Rusia.
• Efektif dalam mencegah dan merawat penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular, mengawal tekanan darah, lipid darah (kolesterol), gula darah, radikal bebas, mengurangkan kelikatan darah, memperbaiki peredaran darah dan mencegah arteriosklerosis.
• Membantu mengurangkan paras gula dalam darah untuk menstabilkan penyakit kencing manis.
• Dengan sifat antioksidan yang kuat, ia menguatkan sistem imun dan anti-alergi serta membersihkan radikal bebas.
• Meningkatkan ketahanan badan terhadap kanser, ia melegakan kesan sampingan kemoterapi dan mempercepat proses pemulihan pesakit kanser.
• Membantu dalam merawat penyakit pernafasan dengan mengurangkan batuk, asma dan kahak.
• Bagi penyakit pencernaan, ia membantu melegakan senak, distensi dan sakit perut, gastroenteritis, ulser perut dan usus, sembelit dan sebagainya.
• Membantu melindungi hati daripada penyakit hati, penyakit hati kronik, hati alkohol, hati berlemak dan sirosis.
• Bersifat anti-radang, menggalakkan pertumbuhan semula tisu seterusnya membantu dalam penyembuhan luka dan melegakan kesakitan.
• Ia memainkan peranan yang besar dalam kecantikan dengan mencegah penuaan kulit, mengurangkan chloasma, memperbaiki kualiti tidur, meningkatkan daya ingatan , tenaga dan stamina untuk mengekalkan badan yang kuat.

Mineral perolehan daripada tumbuh-tumbuhan
Mengandungi mineral dan mineral surih yang diperlukan oleh badan yang boleh membantu dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kekurangan mineral. Mineral tumbuhan adalah 6 kali lebih mudah diserap berbanding dengan mineral batu kerana ia secara semulajadinya membawa cas negatif.
Ini memudahkan pelekatannya pada dinding usus. Saiz molekulnya adalah 7000 kali lebih kecil daripada sel darah merah seterusnya menggalakkan penyerapan secara menyeluruh. Ia mempunyai kesan yang ketara menghalang radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Ia adalah larut air dan mempunyai bioavailabiliti tinggi untuk penyerapan yang lebih mudah.